Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang sesuai.
Terdapat empat keadah pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan bagi kanak-kanak pintar cerdas ini antaranya ialah:-
Kaedah Pecutan
Kaedah yang juga dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kaedah ini merupakan kaedah dimana Kanak-kanak akan diberi bahan dan tugasan yang kebiasannya tetapi dengan gred yang lebih tinggi. Dimana kaedah pecutan ini juga menggunakan kurikulum sekolah yang sedia ada dengan penggunaan beberapa bahan tambahan dalam pembelajaran. Dalam erti kata lain kaedah pecutan ini akan memerlukan kanak-kanak pintar cerdas untuk belajar lebih banyak dan kehadapan melalu sistem sekolah daripada muri-murid yang lain. Istilah yang kerap digunakan dalam proses tersebut ialah kurikulum penyesuaian(adapting curriculum) yang dinilai daripada tahap penguasaan murid yang terlibat. Bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang lebih tinggi akan menerina kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan bukannya pencapaian dalam kurikulum pada tahap darjah di sekolah.
Kadeah pecutan ini dapat dicapai dalam berapa langkah:-
· Bersekolah di fasa awal umur atau kelas lompat (grade skiping atau double promotion)
· Kelas tidak bergred, di mana pintar cerdas daripada pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum yang dijalankan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur.
· Menyesuaikan kurikulum dengan bahan atau topik,dimana topik yang telah dikuasai dilangkau dan diteruskan dengan topik yang lain.
Menurut Karen Rogers pada tahun 1991,dan kulik pada tahun 1992,manfaat kaedah pecutan ini secara keseluruhannya lebih besar daripada kaedah pengayaan. Dimana kanak-kanak berkobelehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikan kurikulum standard, pintar cerdas ini akan lebih menonjol dan melebihi rakan sebayaa mereka yang lain dalam tempoh yang singkat.
Kaedah Pengayaan
Menurut Pendidikan Malaysia (1998),kaedah pengayaan didefinisikan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Dimana kaedah ini dapat memenuhi keperluan pintar cerdas kerana kaedah pembelajaran dan pengajaran yang didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang murid. Kaedah ini juga melibatkan pendekatan yang melibatkan pengalaman di dalam mahupun di luar kelas.Misalnya aktiviti seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara, ceramah,pembacaan,penerokan melalui internet dan aktiviti lain. Pada masa yang sama melibatkan projek atau aktiviti yang lain bagi membolehkan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian. Tujuan utama kaedah pengayaan ini adalah untuk mencabar kebolehan murid serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu ke arah perkembangan diri dan bakat murid pintar cerdas. Terdapat dua jenis kaedah pengayaan iaitu pengayaan mendalam dan pengayaan yang meluas. Dimana pengayaan mendalam memerlukan pelajar untuk belajar secara mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah.Manakala pengayaan meluas pula memerlukan bimbingan dalam pembelajaran sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada dalam silibus pelajaran mereka.Dapat dilihat bahawa, pendekatan ini juga melibatkan tugasan mahupun aktiviti untuk melihat sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai ukuran dalam mencipta lingkungan belajar. Kesan positif penggunaan kaedah pengayaan kepada pintar cerdas ini ialah :-
i. Menjadikan proses pengajaran lebih menarik dan bermakna.
ii. Mampu mengelakkan pelajar dari bosan.
iii. Penguasaan ilmu yang lebih luas mampu dicapai hasil daripada kepelbagain maklumat yang ditemui.
iv. Memberi ruang kepada pintar cerdas mengembangkan daya kreatif,minat ,sifat ingin tahu,sikap berdikari dan bakat kepimpinan dalam pelbagai bidang.
v. Mengembangkan potensi murid di tahap maksimum.
Sebagai contoh kaedah pengayaan dalam subjek matematik adalah kanak-kanak pintar cerdas diperkenalkan dengan kurikulum yang lebh tinggi daripada tahap umurnya dan soalan yang diberikan lebih kompleks serta memerlukan kemahiran kanak-kanak tersebut dalam menyelesaikannya.
Kaedah Pengelompokan
Kaedah pengelompokan ini merupakan kaedah yang melibatkan penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas khusus. Dalam kaedah ini murid pintar cerdas dikumpulkan bersama untuk mendaptakn pembelajarn yang leih mencabar sesama mereka. Kaedah pengelompokan ini dapat dibahgaikan kepada beberapa seperti:
· Pengelompokan sepenuh masa
· Pengelompokan Kluster
· Pengelompokan dalam kelas
· pengelompokan silang kelas (cross class/grade grouping)
· Pull out grouping
Kaedah Koperatif
Pembelajarn koperatif adalah satu strategi pengajaran umum ysng dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil yang mana murid berinteraksi sesame sendiri bagi menyelesaikan tugasan seperti pembelajaran yang melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif ini boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan matapelajaran.Kaedah ini juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang dihat dan bersemangat di kalangan murid pada masa yang sama meningkatkan kualiti prestaso murid dalam peperiksaan. Dalam erti kata lain,kaedah ini melibatkan interaksi yang lebih kecil dimana dalam kumpulan yang kecil dan dikendalikan oleh guru yang terlatih.Salah satu peranan guru dalam kaedah koperatif ini adalah mempelbagaikan corak pengajaran untuk menjadikan pembelajaran menarik dan disukai oleh murid yang terlibat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajarnya ntuk berusaha dan bercita-cita tinggi.
Terdapa tenam jenis pembelajaran koperatif antaranya ialah :-
i. Kaedah Jigsaw. Memerluakn setiap anli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Dalam kaedah jigsaw ini seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan seterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya.
ii. Belajar bersama. Dimana semua ahli kumpulan berusahan dalam menyelesaikan tugasan ayng diberi.
iii. Team games Tourment (dicipta oleh Robert salavin). Ia berkonsepkan putaran biasa seperti dalam pengajaran dimana guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan murid cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep yang dipelajari. Setelah itu, murid akan bersaing dalam satu pertandingan yan diwakili oleh murid di kalangan keboelhan akademik yang hamper sama.
iv. Student Team Achievement / STAD (diilhamkan oleh Hopkins). Dimana, guru mengikut pusingan mengajar,kumpulan pembelajaran dan melakukan penilaian secara individu.
v. Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan menyeluruh matematik. Pembelajaran ini memerlukan murid ditentukan berdasarkan kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belekang yang berbeza.
vi. Penyiasatan secara berkolompok. Kaedah yang membolehkan murid merancang satu khusus pembelajaran.
Kaedah Keterbezaan
Pembelajaran keterbezan adalah proses menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza mengikut keupayaan mereka.Dalam erti kata lain, guru bertindak mengubah pendekatan pengajajaran dan pembelajaran seperti mengubah suai kurikulumm, kaedah pengajaran,sumber yang digunakan,aktiviti pembelajaran, dan kaedah penilaian mengikut keupayaan murid yang terlibat dengan tujuan memaksimumkan peluang belajar untuk setiap murid. Dalam kaedah ini juga,setiap murid diberi keutamaan pembelajaran yang berbeza. Dapat disimpulkan bahawa, kaedah keterbezaan ini akan mengambil kira aspek minat murid dan penilaian berterusan. Aspek penting dalam kaedah keterbezaan ini adalah untuk mengenal pasti dan menyesuaikan rentak dan kandungan pengajaran dengan keperluan murid yang berbeza serta menyediakan peluang untuk murid berlatih menggunakan pemikiran tahap tinggi.
Kesimpulanya, pelbagai kaedah dapat disesuaikan kanak-kanak pintar cerdas ini. Bermaksud, guru perlu mendalami personaliti dan tahap kecenderungan murid yang terlibat bagi menentukan kaedah yang bersesuaian dengan kepintaran yang dimiliki oleh murid tersebut. Dalam erti kata lain, apa sahaja kaedah yang dipilih haruslah dapat meningkatkan tahap penguasaan murid yang mampu mengetengahkan bakat terpendam murid tersebut.
Rujukan
Siti Aishah Hassan. 2018. Kaedah Pengajaran Keterbezaan Dalam Pendidikan Pintar dan Berbakat. Dipetik daripada, https://www.academia.edu/40562191/KAEDAH_PENGAJARAN_KETERBEZAAN_DALAM_PENDIDIKAN_PINTAR_DAN_BERBAKAT.
Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas juga memerlukan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang khusus yang dikenali sebagai intervensi. Sebelum kanak-kanak dalam golongan ini dapat dikembangkan dengan lebih jauh, suatu intervensi awal perlu dirancang. Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal bermula seawal 3 tahun ke bawah dan diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi seperti pintar cerdas, autism dan lain-lain (IDEA, 1990).
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak, contohnya, seorang kanak-kanak pintar cerda diajar menggunakan kebolehan mereka secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal yang boleh mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang, ini kerana intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat per sekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
PELAKSANAAN INTERVENSI AWAL
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap kepintaran kanak-kanak tersebut. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998) dan masalah emosi. Intervensi ini amat membantu kanak-kanak pintar cerdas dalam mengawal tingkah laku dan emosi mereka. Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap mengkaji sejauhmana pemerolehan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak pintar cerdas ini dari segi mengawal tingkah laku dan menangani masalah emosi mereka.
b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan menafsir dengan sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993) terutama kanak-kanak pintar cerdas. Setelah mengenalpasti kebolehan kanak-kanak pintar cerdas dalam menafsir mengawal tingkah laku sendiri dikenalpasti, barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas seperti biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, kanak-kanak pintar cerdas inilah yang memainkan peranan utama tetapi mereka masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’ dan mengenalpasti jenis-jenis kategori pintar cerdas. Intervensi berpusatkan pelajar banyak membantu kanak-kanak pintar cerdas berkomunikasi, dengan ini masalah gangguan bahasa dalat di atasi sepenuhnya. Seperti yang sedia maklum ada antara kanak-kanak pintar cerdas ini tidak mahu bergaul sesame sendiri kerana rasa terancam dengan kelebihan rakan-rakan mereka.
c) Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak pintar cerdas dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini. Ianya turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak tersebut dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas serta dapat mengatasi masalah bahasa, tingkah laku dan emosi kanak-kanak ini.
PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSIK
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak pintar cerdas yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak pintar cerdas.
Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan sebagai contoh, Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku kanak-kanak pintar cerdas boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak ini.
Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.
a) Penyaringan
Sebelum bermulanya intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas tersebut hendaklah dikenalpasti. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan contohnya kanak-kanak pintar cerdas domain intelek. Kanak-kanak ini cenderong menunjukkan minat yang mendlam terhadap sesuatu matapelajaran yang mereka minati. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi contohnya domain kreativiti.
Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan bagi mengenalpasti domain kreativiti yang mereka miliki. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
b) Pengujian diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).
i. Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.
Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan,
ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar
(seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti
mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan
motor seseorang kanak-kanak
ii. Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.
iii. Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak pintar cerdas.
iv. Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas.
v. Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif ini.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).
0 comments:
Post a Comment